LONDON: Beribu-ribu warga Afghanistan dipindahkan ke United Kingdom (UK) melalui satu skim rahsia yang diwujudkan selepas maklumat peribadi mereka secara tidak sengaja dibocorkan oleh seorang pegawai Kementerian Pertahanan (MoD) Britain. Insiden kebocoran data tersebut berlaku pada Februari 2022 melibatkan butiran peribadi hampir 19,000 individu yang memohon untuk berpindah ke UK selepas Taliban mengambil alih kuasa di Afghanistan pada Ogos 2021. Kerajaan Britain pada ketika itu hanya menyedari kebocoran data itu…