LONDON: Puluhan pesakit dengan berat badan berlebihan dan obes tampil membuat aduan kepada Perkhidmatan Kesihatan Kebangsaan (NHS) di United Kingdom, mendakwa mereka dimalukan oleh doktor kerana saiz tubuh. Siasatan mendedahkan sekurang-kurangnya 74 aduan dikemukakan kepada pihak pengurusan hospital di seluruh England dalam tempoh 12 bulan lalu. Antara insiden yang dilaporkan termasuk seorang pesakit yang diberitahu oleh doktor bahawa pembedahan akan menjadi rumit kerana dia seolah-olah membawa ‘dua beg pakaian’ bersamanya. Dalam kes lain, seorang pesakit dilaporkan menerima komen bahawa penglihatannya kabur kerana wajahnya terlalu gemuk. Seorang lagi diberi amaran agar…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya