Perancis sertai 142 negara lain iktiraf Palestin - Utusan Malaysia

Perancis sertai 142 negara lain iktiraf Palestin

PENYOKONG Palestin mengibaran bendera negara itu semasa menyertai demonstrasi di Orlando, Amerika Syarikat pada Oktober tahun lalu. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PARIS: Presiden Perancis Emmanuel Macron mengumumkan Perancis akan mengiktiraf negara Palestin pada Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) pada September.

“Setia kepada komitmen sejarahnya terhadap keamanan yang adil dan berkekalan di Asia Barat, saya memutuskan Perancis akan mengiktiraf negara Palestin.

“Saya akan membuat pengumuman rasmi di Perhimpunan Agung PBB pada September nanti,” tulis Macron di platform X dan Instagram.

Dengan pengumuman Perancis, kini sebanyak 142 negara mengiktiraf kedaulatan Palestin, menurut kiraan Agensi Berita AFP.

Namun, Israel dan Amerika Syarikat (AS) terus menentang keras pengiktirafan tersebut.

Perancis dijangka menjadi kuasa besar Eropah paling berpengaruh yang mengambil langkah itu.

“Keutamaan mendesak ketika ini ialah menamatkan perang di Gaza dan menyelamatkan penduduk awam.

“Kita mesti akhirnya membina negara Palestin, memastikan ia berdaya maju, dan memastikan menerima proses penyahmiliteran dan mengiktiraf Israel sepenuhnya bagi menyumbang kepada keselamatan seluruh rantau Timur Tengah,” kata Macron.

Timbalan Presiden Pihak Berkuasa Palestin, Hussein Al-Sheikh menyambut baik hasrat Perancis dan mengucapkan terima kasih kepada Macron atas pendirian itu.

“Pendekatan ini mencerminkan komitmen Perancis terhadap undang-undang antarabangsa dan sokongan terhadap hak rakyat Palestin untuk menentukan nasib sendiri serta menubuhkan negara merdeka kami,” kata Al-Sheikh.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN