Pekerja kilang bijirin maut terperangkap dalam ketuhar industri - Utusan Malaysia

Pekerja kilang bijirin maut terperangkap dalam ketuhar industri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MISSOURI: Seorang pekerja kilang bijirin maut dalam insiden ngeri apabila beliau terperangkap di dalam ketuhar industri di sebuah kilang di Perryville, Missouri, minggu lalu.

Menurut pihak berkuasa, mangsa dikenali sebagai Nicolas Lopez Gomez, 38, yang juga dikenali secara profesional sebagai Edward Avilawas sedang melakukan kerja pembersihan kuasa tinggi dari luar mesin berkenaan sebelum secara tidak diketahui bagaimana dia akhirnya berada di dalam ketuhar berskala besar itu.

Rakan sekerja yang terkejut apabila menyedari Gomez terperangkap segera menghubungi pihak kecemasan, namun segalanya sudah terlambat.

Dia disahkan meninggal dunia kurang daripada 20 minit selepas pasukan penyelamat tiba di lokasi.

Menurut polis, tiada unsur jenayah disyaki setakat ini namun siasatan masih dijalankan bagi mengetahui bagaimana insiden menyayat hati itu boleh berlaku.

Pada waktu kejadian, ketuhar tersebut tidak beroperasi menyebabkan jenis kecederaan yang dialami mangsa masih belum jelas.

Insiden tragik ini berlaku di Kilang Bijirin Glister Marylee yang membekalkan produk ke pasar raya ternama seperti Walmart, Sam’s Club dan Albertsons, lapor Mirror.

Kejadian menyayat hati ini berlaku hanya lapan bulan selepas satu kes serupa di Kanada, apabila mayat seorang gadis berusia 19 tahun, Gursimran Kaur ditemui di dalam ketuhar di cawangan Walmart tempat beliau bekerja di Halifax, Nova Scotia.

Mayatnya ditemui oleh ibunya sendiri selepas remaja itu dilaporkan hilang selama lebih sejam. -AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN