JAKARTA: Suasana panik menyelubungi lautan berhampiran Pulau Talise, Sulawesi apabila sebuah feri penumpang, KM Barcelona 5, terbakar secara tiba-tiba dalam perjalanan dari daerah Talaud ke ibu negeri Manado. Kebakaran itu meragut lima nyawa, manakala lebih 280 penumpang diselamatkan dalam operasi dramatik yang melibatkan tentera laut, helikopter dan nelayan tempatan. Menurut Naib Laksamana Denih Hendrata, Komander Armada Laut Indonesia, operasi menyelamat dijalankan segera selepas api dikesan marak dari ruang enjin feri…










