Lelaki gigit telinga pelancong Israel sehingga putus di Greece - Utusan Malaysia

Lelaki gigit telinga pelancong Israel sehingga putus di Greece

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ATHENS: Seorang pelancong Israel mendakwa sebahagian telinganya digigit sehingga putus oleh seorang lelaki di sebuah pantai di Athens pada Sabtu, selepas lelaki itu menjerit, “Bebaskan Palestin, jahanam Israel, aku Hamas.”

Mangsa, Stav Ben-Shushan yang kini dirawat di hospital, memberitahu media kejadian bermula apabila seorang lelaki menghampiri dia dan sekumpulan rakyat Israel lain sebelum membaling pasir ke arah mereka.

Ben-Shushan mengaku dia menolak lelaki tersebut semasa kekecohan berlaku. Menurut laporan media, polis Greece kemudiannya menyoal siasat Ben-Shushan berikutan dakwaan dia mengeluarkan kenyataan berunsur perkauman.

Insiden ini dilaporkan sebagai antara beberapa kejadian antiIsrael yang berlaku di Greece dan beberapa bahagian Eropah sejak kebelakangan ini.

Dalam temu bual bersama saluran Channel 12 dari hospital di Greece, Ben-Shushan berkata dia dan isterinya berehat di Pantai Bolivar di kawasan Riviera Athens, bersama sepasang suami isteri rakyat Israel lain, apabila seorang lelaki mula merakam mereka sambil melaungkan slogan anti-.

Pada mulanya, kumpulan itu mengabaikan tindakan lelaki terbabit. Namun keadaan menjadi tegang apabila lelaki itu membaling pasir ke arah salah seorang daripada mereka.

Ben-Shushan kemudian bertindak menolak lelaki berkenaan sebelum pengawal keselamatan datang meleraikan mereka dan menghalau suspek dari kawasan pantai.

Namun, kata Ben-Shushan, kira-kira sejam kemudian ketika berjalan kembali ke arah isterinya dari tandas, dia mendapati lelaki sama kembali dan kelihatan cuba menyerang isterinya.

Apabila dia cuba campur tangan, lelaki itu menggigit telinganya sehingga sebahagian daripadanya terputus.

Ben-Shushan mendakwa, tanpa memberikan bukti kukuh, bahawa lelaki berkenaan adalah warga Syria.

Menurut portal Ynet, pegawai Kementerian Luar Israel yang enggan dikenali berkata bahawa sekumpulan pendatang mengenal pasti pelancong Israel dan mengganggu mereka.

Pegawai itu juga memaklumkan bahawa suspek telah ditahan.

Kementerian Luar Israel dalam satu kenyataan menegaskan mereka menuntut tindakan tegas diambil terhadap kejadian tersebut.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×