LONDON: Rangkaian peruncit terkenal HMV terpaksa menarik balik penjualan kad dagangan Pokemon dari kedai fizikal dan laman webnya selepas menjadi sasaran geng jenayah yang sanggup memecah masuk dan mengejar van penghantaran semata-mata untuk mendapatkan kad yang mampu mencecah ribuan pound. Ketua Pegawai Eksekutif HMV, Phil Halliday, mendedahkan kepada Mail Online bahawa permintaan luar biasa terhadap kad tersebut menjadikan ia barangan yang amat berisiko untuk dijual secara terbuka. “Kesemua kad itu amat dikehendaki. Jadi memang ada ancaman besar terhadap kecurian,” katanya. Cawangan utama HMV di Oxford Street, London pernah dipecah masuk…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya