Indonesia keluarkan amaran tsunami di 10 wilayah

Indonesia keluarkan amaran tsunami di 10 wilayah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JAKARTA: Badan Meteorologi, Klimatologi, dan Geofizik (BMKG) mengeluarkan amaran awal tsunami pada pagi Rabu susulan gempa bumi tektonik kuat bermagnitud 8.8 yang melanda pantai timur Semenanjung Kamchatka, Russia.

Menurut Pengarah Pusat Gempa Bumi dan Tsunami BMKG, Daryono, gempa bumi tersebut berpotensi mencetuskan gelombang tsunami setinggi kurang daripada 0.5 meter di beberapa kawasan di Indonesia.

Kawasan-kawasan yang berada dalam status berjaga-jaga termasuk di Kepulauan Talaud, Kota Gorontalo dan Halmahera Utara.

Kawasan lain yang turut dijangka terjejas termasuk Manokwari, Raja Ampat, Biak Numfor, Supiori, Sorong Utara, Jayapura, dan Sarmi, dengan jangkaan ketibaan gelombang antara pukul 4.08 hingga 4:30 petang (waktu tempatan).

Daryono menasihatkan penduduk di kawasan pantai agar tetap tenang dan menjauhi kawasan pesisir sehingga pengumuman rasmi seterusnya.

Setakat ini, tiada kerosakan bangunan atau infrastruktur dilaporkan di Indonesia.

Kemaskini parameter gempa menunjukkan pusat gempa terletak pada 52.51 darjah Lintang Utara dan 160.26 darjah Bujur Timur, pada kedalaman 18 kilometer.

Daryono turut melaporkan BMKG merekodkan tujuh gempa susulan di wilayah berkenaan sehingga pukul 8.30 pagi (waktu tempatan) dengan magnitud antara 5.4 hingga 6.9.

BMKG menggesa orang ramai agar hanya merujuk kepada maklumat rasmi daripada BMKG dan tidak terpengaruh dengan sumber yang tidak sahih.

Pusat Amaran Tsunami Pasifik (PTWC) turut memaklumkan gempa bumi ini berpotensi mencetuskan ancaman tsunami di beberapa wilayah lain termasuk Russia, Jepun, Alaska, Filipina, Hawaii dan Guam.-AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN