Feri dalam perjalanan ke Bali terbalik, operasi SAR dipergiat

Feri dalam perjalanan ke Bali terbalik, operasi SAR dipergiat

PASUKAN kecemasan mengangkat mayat mangsa feri karam di Banyuwangi, Indonesia. – AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

DENPASAR: Sekurang-kurangnya empat orang maut dan puluhan lagi hilang pada Khamis selepas sebuah feri karam ketika perjalanan ke pulau peranginan Bali.

Pihak berkuasa menyatakan seramai 31 mangsa diselamatkan dari laut setakat ini dengan 30 lagi hilang.

Ketika kejadian, feri KMP Tunu Pratama Jaya berkenaan membawa seramai 65 penumpang dan anak kapal dan berlepas dari karam sebelum tengah malam Rabu.

“Feri itu senget dan terus karam. Kebanyakan penumpang adalah dari Indonesia. Saya bersama ayah saya. Ayah saya sudah meninggal dunia,” kata mangsa erselamat, Eka Toniansyah kepada wartawan di sebuah hospital di Bali.

Ketua Agensi Mencari dan Menyelamat Nasional Indonesia, Mohammad Syafii, berkata dalam sidang media pada Khamis bahawa 31 orang ditemukan selamat.

“Empat orang meninggal dunia, jadi 30 orang masih dicari,” katanya sambil menambah pihak berkuasa menghantar sebuah helikopter untuk membantu operasi.

Presiden Prabowo Subianto, yang dalam lawatan ke Arab Saudi, mengarahkan respons kecemasan segera, kata setiausaha kabinet Teddy Indra Wijaya dalam satu kenyataan dan memaklumkan punca kejadian berkaitan ‘cuaca buruk’.

Ketua agensi mencari dan menyelamat Surabaya yang berpangkalan di Jawa, Nanang Sigit, yang sebelum itu menyatakan jumlah mangsa hilang adalah 38 orang, berkata usaha untuk sampai ke lokasi kapal karam pada awalnya terhalang oleh cuaca buruk.

Ombak setinggi 2.5 meter disertai angin kuat dan arus deras menjejaskan operasi mencari dan menyelamat (SAR), namun keadaan semakin stabil.

Sekurang-kurangnya 54 anggota pasukan penyelamat termasuk dari tentera laut dan polis dikerahkan bersama bot penyelamat kembung dan sebuah kapal lebih besar kemudian dihantar dari bandar Surabaya untuk membantu usaha mencari.

Nanang berkata, pasukan penyelamat akan mengikuti arus laut dan memperluas kawasan pencarian jika masih terdapat mangsa yang belum ditemui pada penghujung hari.

“Untuk pencarian hari ini, kami masih memberi tumpuan pada pencarian di permukaan air di mana mangsa awal ditemui,” katanya.

Data feri menunjukkan terdapat 53 penumpang dan 12 anak kapal tetapi pasukan penyelamat masih menilai sama ada terdapat lebih ramai orang di atas kapal berbanding jumlah tersebut.

Feri tersebut membawa 22 kenderaan termasuk 14 buah lori.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN