WASHINGTON: Amerika Syarikat (AS) kini mencatatkan jumlah tertinggi kes campak dalam tempoh 33 tahun, dengan hampir 1,300 jangkitan disahkan di seluruh negara setakat Jumaat lalu. Data terbaharu yang dikeluarkan oleh Universiti Johns Hopkins menandakan tahap kritikal dalam penularan wabak penyakit berjangkit yang sebelum ini dianggap berjaya dihapuskan menerusi program vaksinasi kebangsaan. Sepanjang tahun ini, kes campak dikesan di 38 buah negeri termasuk Wilayah Columbia dengan sekurang-kurangnya tiga kematian direkodkan, manakala…