LONDON: Penyelidik sedang membangunkan aplikasi baharu yang akan menggunakan kecerdasan buatan (AI) untuk memberi amaran kepada petani mengenai penyakit kulat yang boleh merosakkan tanaman kentang. Saintis dari Wales berkata, aplikasi itu akan membolehkan petani mengesan penyakit hawar lewat menggunakan telefon mereka sebelum gejala dapat dilihat dengan mata kasar. Menurut pasukan penyelidik dari Universiti Aberystwyth, penyakit itu bertanggungjawab terhadap 20 peratus kerugian hasil tanaman kentang dan menyebabkan kerugian ekonomi sebanyak 3.5 bilion pound (RM19.9 bilion) di seluruh dunia. Katanya, diagnosis awal akan meningkatkan produktiviti dan mengurangkan kos untuk petani, termasuk kebergantungan…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya