12 negara setuju laksana enam langkah bendung kekejaman Zionis - Utusan Malaysia

12 negara setuju laksana enam langkah bendung kekejaman Zionis

Perkembangan terkini di Gaza dijangka turut menjadi tumpuan dalam AMM-58 yang bermula hari ini. – AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BOGOTA: Negara-negara anggota The Hague Group yang terdiri daripada 12 buah negara bersetuju mengambil langkah tegas bagi menuntut pertanggungjawaban Israel terhadap kekejaman berterusan di Gaza, termasuk menghentikan pemindahan senjata kepada rejim Zionis.

Pengumuman itu dibuat pada penutupan mesyuarat selama dua hari di ibu negara Colombia, Bogota, yang menyaksikan semua negara terlibat bersetuju melaksanakan enam inisiatif utama bagi mengekang serangan Israel ke atas Gaza.

Antara negara yang mengambil bahagian ialah Bolivia, Colombia, Cuba, Indonesia, Iraq, Libya, Malaysia, Namibia, Nicaragua, Oman, Saint Vincent and the Grenadines, serta Afrika Selatan.

Setiausaha Eksekutif The Hague Group, Varsha Gandikota-Nellutla, menyatakan bahawa kumpulan itu percaya kepada tindakan kepimpinan berprinsip, bukan sekadar permohonan. Beliau menegaskan bahawa komitmen yang ditunjukkan menandakan berakhirnya era kekebalan dan permulaan kepada tindakan kolektif oleh kerajaan-kerajaan yang berpegang pada prinsip keadilan.

Antara enam langkah yang diumumkan termasuk penamatan pembekalan senjata kepada Israel, larangan kemasukan kapal yang membawa senjata ke Israel dan semakan kontrak awam bagi mengenal pasti sebarang hubungan dengan syarikat yang mendapat manfaat daripada penjajahan Israel,

Sokongan terhadap mandat bidang kuasa sejagat untuk mendakwa jenayah antarabangsa serius tanpa mengira lokasi kejadian.

Sejak Oktober 2023, Israel dilaporkan terus mengusir rakyat Palestin dan menyekat akses mereka kepada keperluan asas seperti makanan, bahan api dan air. Sekurang-kurangnya 58,573 rakyat Palestin dilaporkan terkorban akibat serangan yang berterusan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN