10 anggota bomba maut padam kebakaran hutan di Turkiye - Utusan Malaysia

10 anggota bomba maut padam kebakaran hutan di Turkiye

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ANKARA: Sekurang-kurangnya 10 anggota bomba terkorban manakala 14 lagi cedera dalam kebakaran hutan yang berlaku di wilayah Eskisehir, tengah Turkiye, semalam.

Mereka sedang memadamkan kebakaran di daerah Seyitgazi apabila angin bertiup kencang dan menukar arah api secara tiba-tiba, menurut Menteri Pertanian dan Perhutanan, Ibrahim Yumakli.

Pasukan bomba dan penyelamat bertungkus-lumus sejak Selasa untuk mengawal kebakaran tersebut.

Sebanyak 24 anggota bomba dilaporkan terperangkap akibat perubahan arah angin yang membawa api ke arah mereka. Kesemua mereka dihantar ke hospital, namun 10 disahkan maut manakala 14 masih menerima rawatan lanjut.

“Mereka sedang memadam api dari arah bukit, kami dari bawah. Api tiba-tiba naik, mereka cuba melarikan diri ke atas tetapi tidak sempat,” kata Ercan Temel, seorang anggota bomba yang terselamat, kepada Agensi Berita Ihlas.

Menteri Kehakiman Turkiye, Yilmaz Tunc, memaklumkan dalam satu hantaran di platform X bahawa pihak pendakwa raya telah membuka siasatan rasmi bagi mengenal pasti punca kejadian tragik itu.

Yumakli turut melaporkan bahawa tujuh kebakaran hutan masih aktif di lima wilayah di bahagian tengah dan barat Turkiye setakat hari Rabu.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN