WASHINGTON: Perkhidmatan pemesejan popular milik Meta Platforms, WhatsApp, telah diharamkan daripada digunakan di semua peranti rasmi milik kakitangan Dewan Perwakilan Amerika Syarikat (AS), demikian menurut satu memo rasmi yang diedarkan pada Isnin. Langkah drastik itu dibuat selepas Pejabat Keselamatan Siber Dewan mengklasifikasikan aplikasi berkenaan sebagai berisiko tinggi terhadap pengguna, khususnya melibatkan isu ketelusan perlindungan data, ketiadaan penyulitan data tersimpan, serta potensi risiko keselamatan yang dikaitkan dengan penggunaannya. Memo yang dikeluarkan…










