Trump masih gagal pujuk Putin tamatkan perang

Trump masih gagal pujuk Putin tamatkan perang

ANGGOTA bomba memadam api pada sebuah kereta akibat serangan dron di Kharkiv, Ukraine. – AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MOSCOW: Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump mengadakan perbualan telefon selama 75 minit dengan Presiden Russia, Vladimir Putin, bagi membincangkan konflik berterusan di Ukraine serta ketegangan serantau melibatkan Iran.

Menurut Trump, perbualan itu disifatkan sebagai ‘baik’ walaupun tidak membawa kepada perdamaian segera.

Dalam kenyataan dalam Truth Social, Trump berkata, Putin menyatakan Russia akan bertindak balas terhadap siri serangan dron Ukraine terhadap lapangan udara tentera negara itu baru-baru ini.

“Kami berbincang secara terbuka mengenai serangan yang berlaku dari kedua-dua pihak,” katanya.

Perbualan antara dua pemimpin itu berlangsung beberapa hari selepas Kyiv melancarkan operasi dron berskala besar yang didakwa berjaya memusnahkan beberapa pengebom berkeupayaan nuklear milik Russia.

Pada rundingan damai terkini di Istanbul, Ukraine mengusulkan gencatan senjata tanpa syarat selama 30 hari namun, Russia hanya bersetuju sekiranya Ukraine berundur sepenuhnya dari empat wilayah yang didakwa telah dianeksasi oleh Moscow-Donetsk, Luhansk, Zaporizhzhia dan Kherson.

Putin turut menuduh Ukraine melancarkan serangan “pengganas” ke atas jambatan di wilayah sempadan Russia pada hujung minggu lalu, termasuk satu serangan yang menyebabkan kereta api tergelincir dan mengorbankan tujuh nyawa manakala Ukraine tidak mengaku bertanggungjawab atas kejadian tersebut.

Susulan itu, Russia mencadangkan gencatan senjata jangka pendek selama dua hingga tiga hari bagi membolehkan kedua-dua pihak mengutip mayat tentera yang terkorban bagaimanapun, Menteri Luar Rusia, Sergei Lavrov, mendakwa Kyiv menolak tawaran tersebut.

Presiden Ukraine, Volodymyr Zelensky pula menyifatkan cadangan gencatan senjata oleh Russia sebagai satu bentuk ultimatum dan sekali lagi menggesa rundingan secara langsung bersama Putin, sambil menekankan keperluan gencatan senjata sebelum sebarang sidang kemuncak dengan kehadiran Presiden Trump dan Presiden Turkiye, Recep Tayyip Erdogan dapat diadakan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN