Tragedi Pesawat Air India: 50 mayat ditemukan

Tragedi Pesawat Air India: 50 mayat ditemukan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

NEW DELHI: Sehingga kini, sekurang-kurangnya 50 mayat ditemui di lokasi nahas pesawat milik Air India yang membawa 242 penumpang dan anak kapal berhampiran kawasan Meghaninagar di Ahmedabad.

Air India mengesahkan penumpang dalam pesawat yang terhempas itu, terdiri daripada 169 warganegara India, 53 warganegara Britain, tujuh warganegara Portugal dan seorang rakyat Kanada.

Sementara itu, terdapat laporan awal yang menyebut nama bekas Ketua Menteri Gujarat, Vijay Rupani sebagai antara penumpang dalam senarai awal namun sumber terdekat memberitahu akhbar The New Indian Express, beliau tidak menaiki pesawat tersebut kerana mengambil penerbangan lain.

Maklumat lanjut berkenaan identiti penumpang dan status semasa masih dalam proses pengesahan oleh pihak berkuasa dan pasukan penyelamat.

“Bangunan di mana ia terhempas adalah asrama doktor pelatih. Kami sudah membersihkan hampir 70 peratus kawasan itu,” kata seorang pegawai kanan polis kepada pemberita.

Satu saluran televisyen menunjukkan pesawat itu berlepas di atas kawasan perumahan sebelum api besar dilihat marak ke langit dari luar rumah.

Visual lain yang dikongsi di media sosial juga menunjukkan serpihan terbakar, dengan asap hitam tebal berhampiran lapangan terbang.

Menurut kawalan trafik udara di lapangan terbang Ahmedabad, pesawat itu berlepas dari landasan 23 dan sempat memberikan panggilan ‘Mayday’, menandakan berlaku kecemasan, tetapi selepas itu tiada maklum balas sehingga ia dilaporkan terhempas.

Flightradar24 juga memaklumkan menerima isyarat terakhir daripada pesawat itu beberapa saat selepas ia berlepas.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN