MEXICO CITY: Presiden Mexico, Claudia Sheinbaum mengancam mengambil tindakan undang-undang terhadap syarikat milik jutawan Elon Musk, SpaceX susulan serpihan roket dan pencemaran dari pelancaran roket syarikat itu yang didakwa menjejaskan kawasan berhampiran sempadan Amerika Syarikat (AS)-Mexico. Sheinbaum berkata kerajaan Mexico sedang mengkaji undang-undang antarabangsa yang mungkin telah dilanggar bagi memfailkan tuntutan undang-undang yang perlu kerana memang wujud pencemaran. Letupan terbaru berlaku minggu lalu apabila sebuah roket Starship milik SpaceX meletup…










