Sempadan Thailand-Kemboja ditutup, ribuan terkandas

Sempadan Thailand-Kemboja ditutup, ribuan terkandas

ANGGOTA tentera menutup pos kawalan Baan Khlong Luek di lintasan utama sempadan Thailand-Kemboja di daerah Aranyaprathet, wilayah Sa Kaeo.-AGENSI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BANGKOK: Penutupan laluan utama di sempadan Thailand-Kemboja  secara mengejut sejak Sabtu menyebabkan ribuan pelancong dan penduduk terkandas.

Pasukan keselamatan dari kedua-dua negara menutup lintasan sempadan di daerah Aranyaprathet di tenggara Thailand dan Poipet di barat Kemboja berikutan ketegangan yang semakin memuncak sejak 28 Mei lalu.

Penutupan itu menyebabkan ramai warga Kemboja terkandas di Thailand dan menjejaskan mereka yang berada di pasar sempadan Rong Kluea. 

Para peniaga Kemboja dilaporkan berpusu-pusu cuba pulang ke Poipet sehingga menimbulkan kesesakan teruk apabila ribuan orang dan kenderaan beratur untuk proses mengecop pasport. 

Aliran trafik sesak sepanjang beberapa kilometer mendorong Balai Polis Khlong Luek mengerahkan anggotanya untuk mengawal keadaan dan melancarkan pergerakan lalu lintas di sekitar pos kawalan sempadan.

Lapor Bangkok Post, ramai masih terkandas di kawasan tersebut selepas waktu baharu operasi sempadan dikuatkuasakan.

Tentera Diraja Thailand mengawal pembukaan dan penutupan semua lintasan sempadan yang dikongsi dengan Kemboja sejak petang kelmarin bagi mengekang sebarang ancaman terhadap kedaulatan dan keselamatan negara itu susulan insiden tembakan di Ubon Ratchathani.

Tentera Thailand juga melarang laluan trak beroda enam dan mengurangkan waktu operasi lintasan sempadan dari pukul 8 pagi hingga 4 petang (waktu tempatan) sahaja setiap hari.

Menurut satu kenyataan semalam, rakyat Thailand dan Kemboja hanya dibenarkan menyeberang untuk tujuan kerja dan perdagangan.

Lintasan sempadan Aranyaprathet-Poipet menyaksikan trafik darat paling sibuk dengan ribuan orang menggunakannya setiap hari, kebanyakan mereka warga Thailand yang mahu berjudi di kasino di Kemboja.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN