AUSTIN: Gelombang protes yang tercetus di Los Angeles susulan serbuan imigresen oleh pihak berkuasa merebak ke seluruh negara, dengan lebih banyak demonstrasi dirancang menjelang hujung minggu ini hingga mendorong Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump menggerakkan anggota Pengawal Kebangsaan dan Marin. Dari Seattle ke Austin dan Washington DC, penunjuk perasaan berarak sambil melaungkan slogan, membawa sepanduk menentang agensi Penguatkuasaan Imigresen dan Kastam (ICE), serta menyebabkan kesesakan lalu lintas di pusat…