Pesawat Saudia Airlines bawa jemaah haji mendarat cemas di Sumatera Utara susulan ancaman bom - Utusan Malaysia

Pesawat Saudia Airlines bawa jemaah haji mendarat cemas di Sumatera Utara susulan ancaman bom

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JAKARTA: Sebuah pesawat Saudia Airlines yang membawa ratusan jemaah haji melakukan pendaratan cemas di Lapangan Terbang Antarabangsa Kualanamu, Sumatera Utara pada Selasa susulan ancaman bom.

Kompas.com melaporkan, pesawat dari Jeddah ke Lapangan Terbang Antarabangsa Soekarno-Hatta di Jakarta dilencongkan ke Deli Serdang selepas juruterbang menerima maklumat mengenai kemungkinan bahan letupan di dalam pesawat.

“Pesawat itu melakukan pendaratan cemas disebabkan ancaman bom yang diterima oleh juruterbang. Beliau mengambil keputusan untuk mendarat segera,” kata jurucakap Polis Sumatera Utara Pesuruhjaya Ferry Walintukan.

Jumlah penumpang pesawat Saudia SV-5726 yang melakukan pendaratan sekitar pukul 10.44 pagi waktu tempatan belum disahkan, namun pihak berkuasa memaklumkan semua penumpang dipindahkan dengan selamat.

Pasukan pemusnah bom polis turut dikerahkan untuk menjalankan pemeriksaan terhadap pesawat.

Pengendali lapangan terbang Indonesia, PT Angkasa Pura Indonesia (InJourney Airports) telah menjalankan prosedur kecemasan dalam menangani ancaman keselamatan susulan insiden itu.

Pemangku Setiausaha Korporat Kumpulannya, Anak Agung Ngurah Pranajaya berkata Lapangan Terbang Antarabangsa Kualanamu merupakan yang terdekat ketika pesawat di ruang udara Indonesia.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN