WASHINGTON: Setiausaha Negara Amerika Syarikat (AS), Marco Rubio meminta China ‘memujuk’ Iran supaya tidak menutup Selat Hormuz.
Tindakan itu dilakukan selepas media Iran melaporkan Parlimen negara itu membuat keputusan untuk menutup Selat Hormuz selepas Washington mengerang tiga loji nuklear Teheran semalam.
Rubio berkata, penutupan selat itu hanya akan ‘menyukarkan’ China memandangkan Beijing bergantung sepenuhnya kepada laluan tersebut untuk bekalan minyak.
Memuatkan artikel berkaitan…
”Kita minta China pujuk Iran supaya tidak tutup Selat Hormuz kerana Beijing bergantung penuh kepada selat itu.
”Jika China benarkan Hormuz ditutup, ia umpama ‘membunuh ekonomi mereka sendiri’,” katanya.
Selat Hormuz menjadi laluan utama untuk penghantaran bekalan minyak dan gas global.










