Mei 2025 direkodkan bulan kedua terpanas dunia - Utusan Malaysia

Mei 2025 direkodkan bulan kedua terpanas dunia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BONN: Dunia merekodkan bulan Mei kedua paling panas dalam sejarah sejak rekod itu bermula tahun ini, iaitu bulan yang menyaksikan berlakunya gelombang haba luar biasa di Greenland akibat perubahan iklim, menurut Perkhidmatan Perubahan Iklim Copernicus (C3S) Kesatuan Eropah pada Rabu.

Menurut Agensi Berita Emiriah (WAM), bulan lalu iaitu Mei kedua paling panas pernah dicatatkan di Bumi , rekod yang hanya diatasi oleh Mei 2024, sekali gus melengkapkan musim bunga Mac-Mei di hemisfera utara sebagai yang kedua terpanas dalam rekod sejarah.

Suhu purata permukaan global pada bulan lepas adalah 1.4 darjah Celsius lebih tinggi berbanding tempoh pra-industri antara tahun 1850-1900, ketika manusia mula menggunakan bahan api fosil secara besar-besaran, kata C3S.

Keadaan itu menamatkan keadaan haba luar biasa, di mana 21 daripada 22 bulan terakhir mencatatkan suhu purata global melebihi 1.5°C daripada paras pra-industri, walaupun saintis memberi amaran yang keadaan ini mungkin tidak bertahan lama.

“Walaupun ini mungkin memberikan kelegaan sementara untuk planet ini, kami menjangkakan paras 1.5°C akan sekali lagi dilepasi dalam masa terdekat disebabkan pemanasan berterusan sistem iklim,” kata Pengarah C3S Carlo Buontempo.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN