Majid Khademi Ketua Perisikan IRGC baharu - Utusan Malaysia

Majid Khademi Ketua Perisikan IRGC baharu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TEHERAN: Kor Pengawal Revolusi Islam Iran (IRGC) mengumumkan pelantikan Majid Khademi sebagai Ketua Bahagian Perisikan yang baharu, menggantikan Mohammad Kazemi yang terkorban dalam serangan udara Israel terhadap Iran minggu lalu.

Menurut laporan agensi berita Fars pada Khamis, Khademi kini memegang jawatan tertinggi dalam Organisasi Perisikan IRGC selepas kehilangan tragik yang menimpa barisan kepimpinannya.

Pada 15 Jun lalu, IRGC mengumumkan pemergian tiga komander kanan bahagian perisikan termasuk Ketua Perisikan, Mohammad Kazemi, timbalannya Jeneral Hassan Mohaqeq, dan Jeneral Mohsen Bagheri yang maut dalam serangan udara Israel terhadap kawasan kediaman di Teheran.

Pelantikan Khademi dilihat sebagai langkah segera dalam memastikan kesinambungan struktur keselamatan dan perisikan IRGC di tengah-tengah konflik yang semakin meruncing antara Iran dan Israel.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×