TEL AVIV: Tentera Israel pada Ahad mengeluarkan amaran pemindahan segera kepada penduduk Iran yang tinggal berhampiran kemudahan pengeluaran senjata, susulan kebimbangan kemungkinan serangan lanjut akan dilancarkan dalam masa terdekat. Jurucakap Tentera Pertahanan Israel (IDF) bagi bahasa Arab, Kolonel Avichay Adraee, dalam kenyataan yang disiarkan di platform X dalam bahasa Farsi, menegaskan bahawa kehadiran orang awam di kawasan tersebut boleh mengancam nyawa mereka. “Demi keselamatan anda, sila tinggalkan kawasan berhampiran kemudahan ini serta-merta dan jangan kembali sehingga diberitahu kelak,” katanya sambil menambah bahawa amaran itu turut merangkumi kawasan yang menyokong aktiviti…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya