TEHERAN: Komander Pasukan Quds Kor Pengawal Revolusi Islam (IRGC), Brigedier Jeneral Esmail Qaani yang didakwa terbunuh dalam serangan Israel dilaporkan masih hidup dan dalam keadaan sihat ketika menghadiri sambutan kemenangan yang diadakan di Teheran, menurut laporan media tempatan. Satu video yang disiarkan oleh Agensi Berita Tasnim menunjukkan Esmail berada dalam kalangan orang ramai di acara tersebut. “Komander Esmail menghadiri perhimpunan rakyat Teheran hari ini selepas Operasi Kemenangan,” kata agensi itu…










