Ahli Parlimen Padang Serai didakwa Isnin - SPRM

Ahli Parlimen Padang Serai didakwa Isnin – SPRM

AZAM BAKI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA:  Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengesahkan Ahli Parlimen Padang Serai, Datuk Azman Nasrudin akan didakwa Isnin ini atas pertuduhan rasuah berhubung kes projek usahasama ternakan lembu Kerajaan Negeri Kedah.

Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki berkata, Ahli Parlimen itu akan didakwa Isnin ini atas pertuduhan rasuah.

“Beliau akan didakwa bersama seorang lagi individu,” katanya ringkas ketika dihubungi hari ini.

Semalam, media melaporkan seorang Ahli Parlimen ditahan SPRM Kedah petang kelmarin bagi tujuan pertuduhan selepas mendapat izin pendakwaan bagi kes membabitkan usahasama ternakan lembu milik kerajaan negeri itu.

Menurut sumber, siasatan dijalankan sejak Februari tahun ini membabitkan dakwaan penerimaan kira-kira RM400,000 sebagai balasan membantu mendapatkan hak penggunaan tanah untuk projek fidlot.

Kertas siasatan dibuka susulan aduan diterima pada 10 Februari lalu dan siasatan dijalankan dengan 15 orang saksi dirakam percakapan.

Dalam pada itu, Azman turut mengesahkan beliau ditahan SPRM berhubung kes projek usahasama ternakan lembu Kerajaan Negeri Kedah.

Beliau bagaimanapun mempersoalkan tindakan menukar statusnya daripada saksi kepada tertuduh.

Katanya, beliau sebelum ini hadir ke pejabat SPRM Kedah pada 25 Mac lalu sebagai saksi bagi membantu siasatan projek feedlot di bawah Kedah Agro, namun menerima arahan mengejut  untuk bertemu pegawai penyiasat di R&R Sungai Buloh arah utara. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN