JAKARTA: Indonesia mengarahkan semua fasiliti kesihatan negara itu meningkatkan pemantauan terhadap penularan wabak Covid-19 susulan kewujudan subvarian Omicron yang lebih mudah berjangkit dan menyebabkan lonjakan kes di beberapa negara Asia. Negara-negara seperti Thailand, Hong Kong, Malaysia dan Singapura mula melaporkan peningkatan kes sejak bulan lalu yang dipercayai berpunca daripada varian JN.1, iaitu satu mutasi kepada varian Omicron yang mula dikesan pada penghujung 2023 dan kini menjadi satu daripada strain dominan…











