Kemboja bawa pertikaian sempadan Thailand ke ICJ

Kemboja bawa pertikaian sempadan Thailand ke ICJ

ASKAR Kemboja (tengah kiri) berjabat tangan dengan tentera Thailand (tengah kanan) di kuil Khmer purba, Prasat Ta Muen Thom, di sempadan Kemboja-Thai di wilayah Oddar Meanchey. – AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BANGKOK: Kemboja akan membawa pertikaian sempadannya dengan Thailand ke mahkamah antarabangsa susulan insiden tembak-menembak antara tentera kedua-dua negara itu.

Perdana Menteri Kemboja, Hun Manet berkata, kerajaannya akan mengemukakan aduan kepada Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ), untuk menyelesaikan isu yang sekian lama berlarutan.

“Kemboja ingin menyatakan walaupun Thailand tidak bersetuju dengan tindakan kita membawa isu ini ke ICJ, Kemboja tetap memfailkan aduan mengenai isu ini.

“Ia untuk menamatkan dan menyelesaikannya supaya tidak timbul sebarang kekeliruan,” katanya ketika memberitahu Perhimpunan Kebangsaan, kelmarin.

Pendekatan itu menandakan perubahan mendadak dalam strategi Phnom Penh.

Ahad lalu, Manet berkata, Kemboja akan mencadangkan pertikaian itu dibawa ke ICJ apabila kedua-dua negara bertemu untuk menyelesaikan kawasan yang tidak ditandakan oleh Suruhanjaya Sempadan Bersama (JBC).

Suruhanjaya Sempadan Bersama adalah mekanisme utama yang ditubuhkan untuk menyelesaikan masalah antara Thailand dan Kemboja.

Menurut laporan Khmer Times sebelum ini, pemimpin Kemboja itu merujuk kepada kawasan di Ta Muan Thom, Ta Muan Toch dan Ta Kwai, runtuhan Khmer purba berhampiran sempadan di wilayah Surin dan Segitiga Zamrud, kawasan bersempadan dengan wilayah Ubon Ratchathani di Thailand, wilayah Preah Vihear di Kemboja serta wilayah Champassak di Laos.

Kemboja mendakwa, ketiga-tiga kuil purba tersebut adalah sebahagian daripada wilayahnya di Oddar Meanchey, namun Thailand menafikan dakwaan itu.

Askar Thailand dan Kemboja berdepan situasi tegang di Ta Muan Thom, Surin, sebelum berlaku pertempuran singkat di kawasan pertikaian berhampiran Chong Bok, pada Rabu lalu.

“Saya berharap kedua-dua pihak dapat bekerjasama untuk mencapai penyelesaian muktamad bagi kawasan pertikaian sensitif ini,” kata Manet seperti dilaporkan Khmer Times.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN