Kemboja ancam sekat import buah-buahan dan sayuran dari Thailand - Utusan Malaysia

Kemboja ancam sekat import buah-buahan dan sayuran dari Thailand

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PHNOM PENH: Bekas pemimpin berpengaruh Kemboja, Hun Sen mengeluarkan ultimatum kepada Thailand supaya menarik balik sekatan lintasan sempadan atau negara ini akan mengenakan larangan import terhadap semua buah dan sayuran dari Bangkok.

Perkara itu dimaklumkan Hun Sen yang merupakan apa kepada Perdana Menteri Kemboja ketika ini, Hun Manet menerusi satu ucapan yang disiarkan di seluruh negara.

“Jika pihak di Thailand enggan membuka semula sekatan sempadan hari ini, maka esok kami akan menyekat import buah-buahan dan sayur-sayuran dari Thailand ke Kemboja.

“Anak saya, Hun Manet juga sudah maklumkan hal ini kepada rakan sejawatnya di Thailand,” katanya.

Konflik sempadan antara Thailand dengan Kemboja semakin memuncak selepas Phnom Penh meminta bantuan Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) bagi menyelesaikan pertikaian yang berlaku.

Hun Sen berkata, isu itu dibawa ke ICJ kerana Kemboja mahukan ‘keamanan dan kestabilan’ memandangkan rundingan sebelum ini tidak berjaya. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN