Keganasan siber: Rakyat Malaysia dipenjara di Nigeria

Keganasan siber: Rakyat Malaysia dipenjara di Nigeria

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LAGOS: Seramai 15 warga asing dari benua Asia dipenjara mahkamah di Nigeria bagi kesalahan keganasan siber dan penipuan internet, semalam.

Menurut agensi antirasuah Nigeria, kes itu adalah yang terbesar di negara itu dan disahkan jurucakap Suruhanjaya Jenayah Ekonomi dan Kewangan (EFCC), Dele Oyewale.

Suspek termasuk 11 warga Filipina, dua warga China, seorang warga Malaysia dan seorang warga Indonesia dipenjara selama setahun dan denda satu juta Naira (RM2,682) selepas mengaku bersalah.

Mereka didakwa merekrut rakyat Nigeria melakukan pencurian identiti dan menyamar sebagai warga negara asing.

“Hakim juga memerintahkan supaya semua peranti dirampas dan diserahkan kepada kerajaan Persekutuan Nigeria,” katanya.

EFCC menyerbu beberapa lokasi persembunyian di mana penjenayah muda belajar menjalankan penipuan berkenaan.

Pakar jenayah siber turut memberi amaran sindiket jenayah siber asing sudah menubuhkan operasi mereka di Nigeria untuk mengeksploitasi sistem keselamatan siber negara yang lemah.

Menurut EFCC, kumpulan penjenayah asing merekrut rakan jenayah tempatan untuk mencari mangsa dalam talian dengan menipu mangsa supaya menyerahkan wang atau maklumat sulit seperti kata laluan.

Penipuan ini sering menyasarkan warga Amerika Syarikat (AS), Kanada, Mexico dan Eropah. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN