NEW DELHI: Ketua angkatan tentera India buat pertama kali mengakui beberapa jet pejuang mereka ditembak jatuh ketika operasi serangan terhadap wilayah Pakistan yang dikuasai oleh Islamabad dalam konflik sengit antara kedua-dua negara pada awal Mei. Sebelum ini, pegawai India enggan mengesahkan sebarang kehilangan pesawat milik negara itu. Ketika ditanya Bloomberg pada Sabtu berhubung dakwaan Pakistan mengenai enam jet India ditembak jatuh, Ketua Pertahanan India Anil Chauhan pada mulanya menafikannya dengan…










