NEW DELHI: Siasatan awal terhadap nahas pesawat Air India penerbangan 171 mendedahkan kemungkinan besar pesawat berkenaan beroperasi menggunakan bekalan kuasa kecemasan selepas kedua-dua enjinnya gagal berfungsi semasa berlepas, menurut sumber dalaman siasatan seperti dilaporkan The Wall Street Journal. Pesawat Boeing 787 Dreamliner yang dijadualkan ke Lapangan Terbang Gatwick itu terhempas atas asrama kolej perubatan di Ahmedabad, India Barat sejurus selepas berlepas pada Khamis lalu, mengorbankan sekurang-kurangnya 270 orang. Menurut siasatan, pesawat tersebut hanya berada 120 meter dari permukaan tanah apabila kedua-dua juruterbang berpengalaman hilang kuasa enjin dan ada 17 saat…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya