Dewan Perwakilan AS tolak usaha pemecatan Trump

Dewan Perwakilan AS tolak usaha pemecatan Trump

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

WASHINGTON: Dewan Perwakilan Amerika Syarikat (AS) menolak usaha wakil Demokrat, Al Green untuk memecat Presiden, Donald Trump berhubung serangan udara hujung minggu ke atas Iran yang dilancarkan tanpa kelulusan Kongres.

Dewan tersebut mengundi 344 berbanding 79 menolak resolusi yang dibawa bersama oleh Green dan wakil Republikan, Thomas Massie.

Majoriti ahli Demokrat di Dewan Perwakilan bergabung dengan hampir semua ahli Republikan untuk menolak usul berkenaan.

Undian itu menunjukkan kurangnya sokongan terhadap tindakan tersebut walaupun wujud kebimbangan dalam kalangan ahli Demokrat.

Usul yang dibawa oleh Green dari Texas itu mendakwa Trump menyalahgunakan kuasa apabila melancarkan serangan ke atas tiga lokasi di Iran tanpa kebenaran Kongres.

Resolusi itu menggesa Trump mengeluarkan Angkatan Tentera AS daripada penglibatan ketenteraan yang tidak mendapat kebenaran di Iran, serta menegaskan hanya Kongres mempunyai kuasa untuk mengisytiharkan perang menurut Perlembagaan.

“Saya membawa usul ini kerana saya faham Perlembagaan perlu bermakna, atau ia akan menjadi tidak bermakna.

“Presiden AS mempunyai tanggungjawab untuk berunding dengan Kongres sebelum membawa negara ini ke medan perang.

“Saya lakukan ini kerana tiada seorang pun sepatutnya memiliki kuasa untuk membawa lebih 300 juta rakyat ke kancah perang tanpa berunding dengan Kongres AS,” kata Green ketika berucap di Dewan sebelum pengundian.

Walaupun beberapa ahli Demokrat menyokong usul itu, majoriti termasuk kepimpinan parti memilih untuk menumpukan perhatian kepada isu lain seperti pakej cukai yang sedang dibahaskan.

Ketua Kaukus Demokrat, Pete Aguilar menyatakan tumpuan utama kini adalah terhadap dasar ekonomi yang memberi kesan langsung kepada rakyat.-AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×