Adakah Trump dalang sebenar Israel serang Iran?

Adakah Trump dalang sebenar Israel serang Iran?

DONALD TRUMP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

WASHINGTON: Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump sebenarnya mengetahui rancangan Israel untuk menyerang Iran awal pagi semalam apabila beliau memberi amaran satu konflik besar boleh tercetus di Asia Barat.

Beliau berkata, konflik itu boleh berlaku dalam masa terdekat sekiranya rundingan berkaitan program nuklear Iran gagal mencapai kata sepakat.

“Ada kemungkinan besar konflik berskala besar tercetus. Ramai rakyat AS berada di kawasan ini. Saya tidak mahu menjadi pihak yang gagal memberi amaran lebih awal apabila peluru berpandu mula menghentam bangunan mereka,” katanya.

Trump jugah mengarahkan pengunduran sebahagian anggota AS dari rantau itu sebagai langkah berjaga-jaga sekiranya Iran melancarkan serangan balas termasuk tembakan peluru berpandu ke kemudahan AS.

Amaran Trump itu dikeluarkan selepas Agensi Tenaga Atom Antarabangsa (IAEA) mengeluarkan kecaman paling keras terhadap Iran dalam tempoh 20 tahun, dengan menyatakan negara itu terus memperkayakan uranium ke tahap hampir kepada gred senjata dan gagal mematuhi kewajipan perjanjian pengawalan senjata nuklear.

Teheran menyifatkan tuduhan itu sebagai ‘resolusi politik’ dan mengumumkan pembinaan serta pengaktifan tapak ketiga untuk memperkayakan uranium, yang mampu menghasilkan bahan fisil bagi pembuatan senjata nuklear.

Laporan media AS sebelum ini memetik Israel bersedia sepenuhnya melancarkan serangan terhadap program nuklear Iran walaupun tanpa sokongan Washington.

Menurut The Wall Street Journal, serangan pada mulanya dijangka berlaku seawal Ahad ini, namun ia berlaku semalam.

Utusan khas AS, Steve Witkoff dijadualkan ke Oman untuk pusingan keenam rundingan dengan pegawai Iran pada Ahad ini, namun, rundingan itu pasti tidak akan diteruskan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN