SHANGHAI: Seorang wanita muda di China diarahkan menanggalkan solekan tebal di lapangan terbang selepas sistem pengecaman wajah gagal mengesahkan identitinya. Kejadian yang berlaku di Lapangan Terbang Shanghai itu menjadi tular minggu lalu selepas rakaman pendek memperlihatkan wanita berkenaan menggunakan tisu basah untuk membersihkan wajahnya sambil dimarahi petugas lapangan terbang tersebar luas dalam media sosial tempatan. Menurut maklumat pada pas pelepasan dan kad pengenalan yang ditunjukkan dalam rakaman tersebut, insiden itu…