Tetamu majlis perkahwinan teruja dapat cenderahati sayuran segar

Tetamu majlis perkahwinan teruja dapat cenderahati sayuran segar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BANDUNG: Sebuah majlis perkahwinan di Bandung, Indonesia mencuri perhatian warganet apabila pasangan pengantin memilih menghadiahkan sayur-sayuran segar kepada tetamu yang hadir sebagai cenderahati.

Konsep unik itu dikongsikan menerusi akaun TikTok @syalalaye, yang turut memaparkan suasana majlis bertemakan tradisional serta dihiasi dekorasi ala hutan tropika yang menawan.

Difahamkan, pengantin perempuan, Tiara Ratnaningsih, atau mesra disapa Ara, melangsungkan perkahwinannya dengan pasangannya, Sulthon, pada 20 April lalu di Gedung Graha Sanusi Hardjaditana, Universiti Padjadjaran, Bandung.

Ketika dihubungi portal Wolipop, Tiara menjelaskan memilih konsep sayur sebagai cenderahati kerana mahukan sesuatu yang praktikal dan tidak klise atau membosankan.

“Ada lapan jenis sayur seperti tomato, timun, kentang, cili merah, cili hijau besar, cili padi hijau, lobak merah dan labu siam.

“Setiap tetamu boleh pilih dua jenis sayur dan bawa pulang dalam beg yang saya sediakan,” jelasnya.

Tambah Tiara, ramai tetamu terutamanya golongan wanita kelihatan sangat teruja menerima cenderahati tersebut.

Ini kerana ia bukan sahaja berguna, malah dapat membantu menjimatkan perbelanjaan dapur mereka.

“Ramai yang beritahu mereka suka dengan cenderahati itu kerana bermanfaat, tambahan pula dengan harga cili yang makin mahal sekarang.

“Ada juga yang anggap ini pengalaman baharu ambil sayur segar di kenduri kahwin,” katanya sambil tertawa gembira.

Idea kreatif ini mendapat pujian meluas di media sosial, dengan ramai menyifatkan pendekatan Tiara sebagai mesra alam, praktikal dan menjimatkan kos.

“Bukan sahaja unik, tetapi bijak dan berjiwa rakyat. Selepas ini kenduri kahwin boleh siap bungkus lauk terus bawa pulang!” kata seorang warganet, menunjukkan sokongan terhadap inovasi pasangan pengantin itu.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN