WASHINGTON: Meta menyekat sebuah akaun berita Islam yang terkenal di Instagram di India atas permintaan kerajaan negara itu. Pengasas akaun tersebut, Ameer Al-Khatahtbeh menyifatkan tindakan itu sebagai ‘penapisan’ ketika permusuhan memuncak antara India dan Pakistan. “Saya menerima ratusan mesej, e-mel dan komen daripada pengikut kami di India yang menyatakan mereka tidak dapat mengakses akaun kami. “Meta telah menyekat akaun @Muslim atas permintaan undang-undang daripada kerajaan India. Ini adalah penapisan,” katanya…










