MEKAH: Kementerian Haji dan Umrah Arab Saudi mengumumkan lebih 500,000 jemaah sudah tiba di negara itu bagi menunaikan ibadah haji tahun ini. Jumlah tersebut mewakili 36 peratus daripada keseluruhan visa haji yang dikeluarkan bagi musim Haji 2025. Sehingga Ahad, seramai 504,600 jemaah mendarat di Arab Saudi termasuk 493,100 jemaah yang tiba melalui udara, 10,100 melalui darat dan 1,400 melalui laut. Ketibaan jemaah ke Mekah dan Madinah telah bermula sejak 1…










