Israel tutup tiga sekolah PBB di Baitulmuqaddis Timur

Israel tutup tiga sekolah PBB di Baitulmuqaddis Timur

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BAITULMUQADDIS: Pasukan keselamatan Israel menutup tiga buah sekolah di bawah seliaan Agensi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Pelarian Palestin (UNRWA) di Baitulmuqaddis Timur yang diduduki beberapa bulan selepas larangan rejim terhadap operasi agensi itu dikuatkuasakan.

Seorang jurugambar AFP melaporkan, terdapat notis penutupan dalam bahasa Ibrani ditampal di pintu masuk sebuah sekolah dan seorang kakitangan UNRWA turut ditahan.

“Mulai 8 Mei 2025, adalah dilarang untuk mengendalikan institusi pendidikan atau menggaji guru, kakitangan pengajar atau mana-mana kakitangan lain. Kemasukan pelajar ke dalam institusi ini juga dilarang” jelas notis itu

Pengarah UNRWA di Tebing Barat, Roland Friedrich memaklumkan, pasukan bersenjata Israel turut mengepung tiga buah sekolah UNRWA di kem pelarian Shuafat pada pukul 9 pagi (waktu tempatan).

Tambah beliau, terdapat 550 pelajar berumur antara enam hingga 15 tahun di sekolah berkenaaan ketika tindakan penutupan dilakukan.

Beliau menyifatkan peristiwa itu sebagai pengalaman yang mengejutkan dan menakutkan bagi kanak-kanak tersebut yang kini berdepan risiko kehilangan akses kepada pendidikan.

Menurut Friedrich, polis Israel ditempatkan di tiga lagi sekolah lain di kawasan Baitulmuqaddis Timur.

Pihak Berkuasa Palestin (PA) mengecam tindakan tersebut, menyifatkannya sebagai satu pencabulan terhadap hak kanak-kanak untuk mendapat pendidikan.-AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN