Israel dakwa bunuh pemimpin Hamas, Mohammed Sinwar

Israel dakwa bunuh pemimpin Hamas, Mohammed Sinwar

Mohammed Sinwar
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TEL AVIV: Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu mendakwa tenteranya ‘mungkin’ sudah membunuh pemimpin de facto Hamas di Gaza yang sukar dikesan, Mohammed Sinwar.

“Kami sudah menghapuskan puluhan ribu pengganas. Kami juga menghapuskan pemimpin Hamas seperti Deif, Haniyeh, Yahya Sinwar, dan kemungkinan juga Mohammed Sinwar,” kata Netanyahu dalam sidang media pertamanya sejak beberapa bulan lalu.

Mohammed Sinwar, adik kepada bekas ketua Hamas di Gaza, Yahya Sinwar yang terbunuh dalam serangan Israel pada Oktober lalu menjadi sasaran dalam satu siri serangan udara besar-besaran ke atas Hospital Eropah di Khan Younis minggu lalu yang meragut nyawa 28 rakyat Palestin dan mencederakan lebih 50 orang.

Sekiranya kematian Sinwar disahkan, ia akan menjadi satu lagi rangkaian pembunuhan sasaran yang menjejaskan barisan kepimpinan tertinggi Hamas walaupun kumpulan itu masih mengekalkan penguasaannya di Gaza

Dalam sidang media sama, Netanyahu menegaskan Israel tidak akan menghentikan operasi ketenteraan baharunya di Gaza.

“Pasukan kami sedang menawan lebih banyak wilayah di Gaza. Apabila operasi ini selesai, semua kawasan di Gaza akan berada di bawah kawalan keselamatan Israel,” katanya.

Netanyahu turut menyatakanIsrael bersedia menerima gencatan senjata sementara yang melibatkan pembebasan tebusan, namun menegaskan bahawa perang hanya akan ditamatkan jika beberapa syarat utama dipenuhi.

Antara syarat itu pelucutan senjata Gaza, penggulingan Hamas serta pelaksanaan rancangan pemindahan sukarela penduduk Gaza yang dicadangkan oleh Amerika Syarikat (AS).

“Sesiapa yang mendesak kami agar menghentikan perang sebelum mencapai matlamat-matlamat ini sebenarnya menyeru agar Hamas terus berkuasa,” ujar Netanyahu.

Beliau juga menegaskan terdapat penyelarasan sepenuhnya antara Israel dan AS dalam menangani isu Iran ketika pentadbiran Trump sedang berusaha memuktamadkan perjanjian nuklear baharu dengan Teheran.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×