ROM: Wakil perunding dari Iran dan Amerika Syarikat (AS) bertemu di Rom pada Jumaat untuk mengadakan pusingan kelima rundingan nuklear, susulan pertikaian terbuka mengenai isu pengayaan uranium oleh Teheran. Agensi berita rasmi Iran, IRNA melaporkan, rundingan di ibu negara Itali dijadualkan bermula pada pukul 1:00 petang (waktu tempatan). Rundingan ini diadakan menjelang mesyuarat Agensi Tenaga Atom Antarabangsa (IAEA) yang berpusat di Vienna pada Jun serta tarikh luput perjanjian nuklear 2015…










