JAKARTA: Sejak pelantikan Prabowo Subianto sebagai Presiden Indonesia, beberapa pemimpin wilayah termasuk gabenor dan datuk bandar mula melaksanakan pelbagai dasar yang menimbulkan perdebatan. Ada di antara dasar tersebut disifatkan sebagai pelik, kontroversi dan bercanggah dengan pendekatan nasional. Seperti di Jawa Barat, kem latihan disiplin yang melibatkan pihak tentera dan polis Indonesia diperkenalkan untuk pelajar sekolah yang dianggap mempunyai masalah disiplin serta sosial. Gabenor Jawa Barat, Dedi Mulyadi percaya pendekatan ketenteraan…










