LONDON: Pengasas bersama Microsoft dan dermawan terkenal, Bill Gates mengumumkan hasrat beliau menyerahkan hampir keseluruhan kekayaan peribadinya dalam tempoh dua dekad akan datang dengan sasaran sebanyak AS$200 bilion (RM861 bilion) akan disalurkan kepada golongan termiskin dunia melalui Yayasan Gates. Jutawan berusia 69 tahun itu berkata, beliau mempercepatkan rancangannya untuk menyerahkan kekayaan tersebut dan akan menamatkan operasi Yayasan Gates pada 31 Disember 2045. “Orang mungkin akan berkata pelbagai perkara mengenai saya apabila meninggal dunia tetapi saya bertekad supaya ‘mati dalam keadaan kaya’ bukan satu daripadanya. “Terlalu banyak masalah mendesak yang perlu…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya