Serangan Israel lumpuhkan hospital terakhir berfungsi sepenuhnya di Gaza

Serangan Israel lumpuhkan hospital terakhir berfungsi sepenuhnya di Gaza

SEMUANYA musnah selepas tentera Israel membedil Hospital al-Ahli di Gaza City, kelmarin. – AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GAZA: Serangan udara Israel kelmarin melumpuhkan hospital terakhir yang berfungsi sepenuhnya di Semenanjung Gaza, ketika tentera Zionis meluas dan meningkatkan kempen serangan di seluruh wilayah itu.

Tiada kematian dilaporkan dalam serangan tersebut, tetapi gereja Anglikan yang mengendalikan Hospital Al-Ahli mendedahkan seorang kanak-kanak dengan kecederaan kepala meninggal dunia semasa pemindahan pesakit.

Gereja itu memberitahu, hospital berkenaan hanya menerima amaran 20 minit sebelum serangan dan terpaksa memindahkan pesakit ke jalanan.

Menerusi rakaman video diterima CNN, sebahagian hospital termasuk bilik kecemasan dan kawasan penerimaan mengalami kerosakan teruk malah Gereja St Philip yang terletak bersebelahan turut musnah.

Tentera Pertahanan Israel (IDF) mendakwa mereka menyerang ‘pusat kawalan dan arahan digunakan Hamas”’ tanpa memberikan bukti selain mendakwa langkah diambil untuk mengurangkan ‘bahaya’ kepada orang awam.

Hamas menafikan dakwaan bahawa hospital digunakan untuk tujuan ketenteraan.

Tentera Israel kini memperluas operasi darat jauh ke Gaza, mewujudkan zon penampan besar antara Semenanjung Gaza dan wilayah Israel, sambil memaksa ratusan ribu penduduk awam ke kawasan semakin kecil di pantai Mediterranean manakala di selatan, tentera mengumumkan telah merampas Koridor Morag yang memisahkan Rafah dari seluruh Gaza.

“Misi utama ialah mengenakan tekanan berat ke atas Hamas bagi memastikan pembebasan tebusan dan semakin Hamas enggan, operasi IDF akan semakin diperhebat,” kata Menteri Pertahanan Israel Katz.

Menurut Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), kira-kira 400,000 orang telah diarah berpindah dalam tempoh tiga minggu lalu, dengan hospital sering dijadikan tempat perlindungan sepanjang konflik.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya