Separuh penduduk Kampung Gokova, Turkiye pekak, bisu

Separuh penduduk Kampung Gokova, Turkiye pekak, bisu

SEPARUH daripada 120 penghuni di Kampung Gokova di Türkiye merupakan orang kurang kelainan bisu dan pekak.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GOKOVA: Sebuah kampung terpencil di Turkiye mencetuskan kekeliruan dalam kalangan pakar perubatan dan saintis apabila lebih separuh daripada penduduknya dilaporkan mengalami kecacatan pendengaran dan tidak boleh bertutur.

Kampung Gokova, yang terletak kira-kira 724 kilometer dari Istanbul dan hanya mempunyai sekitar 120 orang penduduk, kini menjadikan bahasa isyarat sebagai bahasa utama dalam urusan seharian, lapor akhbar tempatan Hürriyet.

Datuk Bandar Gokova, Eyup Tozn berkata, penduduk kampung sudah membiasakan diri menggunakan bahasa isyarat sejak sekian lama, namun ia menjadi cabaran besar kepada orang luar yang cuba berkomunikasi.

“Kami terbiasa bergantung kepada bahasa isyarat, tetapi bagi orang luar, ia menjadi satu kesukaran. Hampir tiada siapa yang benar-benar sihat,” katanya.

Seorang penduduk, Sati Tozun, pula memaklumkan dia mempunyai empat anak yang mengalami kecacatan, dan seorang daripada mereka turut mempunyai tiga orang anak yang semuanya pekak dan bisu.

“Adik ipar saya juga mempunyai anak-anak yang cacat. Kampung ini boleh dikatakan keseluruhannya terdiri daripada orang kurang upaya,” ujarnya.

Walaupun punca kepada masalah kesihatan yang menimpa sebilangan besar keluarga di Gokova masih belum dikenal pasti, terdapat beberapa teori yang dikemukakan oleh penduduk dan pakar tempatan.

Ada yang mengaitkan kadar pekak yang tinggi dengan amalan perkahwinan sesama keluarga (inbreeding), memandangkan kawasan itu sangat terpencil dan kehadiran pendatang luar amat jarang berlaku namun begitu, tidak semua bersetuju dengan pandangan tersebut.

Sebahagian penduduk, termasuk Datuk Bandar Tozn sendiri, percaya punca utama adalah pencemaran air yang telah berlaku sejak beberapa generasi lalu di mana mereka mendakwa, air yang digunakan telah tercemar dengan logam berat seperti besi dan arsenik, selain sisa industri yang turut mencemarkan sumber air bawah tanah.

Walaupun Gokova terkenal sebagai sebuah perkampungan yang indah dengan perairan biru kehijauan dan pergunungan yang menghijau, hakikat sebenar yang menimpa penduduknya menjadikan kampung ini sebagai lokasi penuh misteri yang menyayat hati.

Fenomena misteri yang melanda Gokova ini turut mengimbau kembali kepada kes mengejutkan di Australia lebih 10 tahun lalu, apabila pihak berkuasa menemui sebuah komuniti terpencil yang dihuni oleh anak-anak hasil daripada hubungan sumbang mahram generasi demi generasi apabila adik-beradik, bapa dan anak perempuan, malah ibu saudara dan anak saudara juga didapati melakukan perkara keji.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya