Sepanyol batal beli senjata dari syarikat Israel

Sepanyol batal beli senjata dari Israel

PENUNJUK perasaan memegang bendera Palestin dalam demonstrasi menentang kekejaman Israel di Gaza di San Sebastian, Sepanyol. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MADRID: Sepanyol membatalkan tempahan peluru bernilai 6.6 juta euro (RM32.8 juta) dari sebuah syarikat Israel selepas kerajaan gabungannya mengkritik tempahan itu sebagai ‘mensia-siakan usaha Madrid’ dalam mengheret Israel ke muka pengadilan berikutan konflik di Semenanjung Gaza.

Perdana Menteri sosialis Sepanyol, Pedro Sánchez antara yang paling lantang mengkritik tindakan Israel dalam perang di Gaza, mempersoalkan sama ada negara itu mematuhi undang-undang kemanusiaan antarabangsa sambil menyatakan jumlah kematian rakyat Palestin sangat dahsyat.

Penentangan Sánchez di­perkukuh dengan keputusan Sepanyol tahun lalu untuk secara rasmi mengiktiraf negara Palestin, serta komitmen kerajaan menghentikan jual beli senjata kepada Israel sejak konflik Gaza.

Bagaimanapun, pada Rabu timbul laporan Kementerian Dalam Negeri Sepanyol mahu pembelian 15.3 juta butir peluru 9 millimeter (mm) daripada syarikat Israel, IMI Systems diteruskan kerana kontrak tersebut ‘terlalu jauh dilaksanakan dan terlalu mahal untuk dibatalkan’.

Kementerian itu juga berhujah pembatalan akan menyebabkan pasukan polis Guardia Civil kekurangan bekalan peluru yang diperlukan.

Berita mengenai kelulusan kontrak itu mencetuskan kemarahan platform kiri iaitu Parti Sumar, yang diasaskan oleh Menteri Buruh dan Timbalan Perdana Menteri Sepanyol, Yolanda Díaz.

Sumar menuntut pembatalan segera, manakala pemimpin kumpulan United Left dalam platform itu berkata mereka tidak akan toleransi dengan sebarang pembiayaan eksekutif kepada negara yang melakukan genosid.

Isu senjata ini memburukkan lagi perpecahan antara Parti Sosialis dan Sumar yang sudah berbeza pendapat mengenai rancangan Sánchez melabur 10.5 bilion euro (RM52.17 bilion) untuk memenuhi komitmen Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO) yang memperuntukkan perbelanjaan pertahanan.

Pada Khamis, pejabat Sánchez dan Díaz memaklumkan kontrak tersebut akan dibatalkan secara sepihak dan lesen import untuk peluru itu akan ditolak.

Sumber kerajaan berkata, parti-parti yang membentuk kerajaan gabungan progresif amat komited terhadap perjuangan rakyat Palestin dan keamanan di Asia Barat menyebabkan Sepanyol tidak akan membeli atau menjual senjata kepada syarikat Israel.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya