Polis Perancis buru suspek tikam jemaah 50 kali dalam masjid - Utusan Malaysia

Polis Perancis buru suspek tikam jemaah 50 kali dalam masjid

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MARSEILLE: Perdana Menteri Perancis, Francois Bayrou, mengutuk pembunuhan seorang jemaah Islam ketika solat dalam masjid, dengan polis giat memburu suspek yang turut merakamkan mangsa ketika hampir mati.

“Seorang jemaah dibunuh semalam. Kekejaman Islamofobik itu dipamerkan dalam sebuah video. “Kami bersimpati dan bersama keluarga mangsa serta jemaah yang terkejut dengan tragedi ini .

“Aset-aset negara digerakkan untuk memastikan pembunuh itu ditangkap dan dihukum,” katanya dalam satu catatan mesej yang disiarkan di platform sosial X.

Penyerang terbabit menikam jemaah itu sekurang-kurangnya 50 kali, kemudian merakamnya dengan telefon bimbit sambil menghina Islam dalam serangan pada Jumaat lalu di kampung La Grand-Combe di wilayah Gard, selatan Perancis.

Pada awal semalam, penyiasat berkata mereka sedang menyiasat pembunuhan itu sebagai jenayah yang mungkin berpunca daripada Islamofobia.

Suspek menghantar video yang dirakam dengan telefonnya, menunjukkan mangsa begitu sengsara, kepada seseorang yang kemudian berkongsi video itu dalam platform media sosial sebelum memadamkannya.

Cara pembunuhan tidak ditunjukkan dalam gambar yang dimuat naik ke media sosial tetapi dirakam oleh kamera keselamatan di dalam masjid.

Dalam rakaman itu, pembunuh menyedari kewujudan kamera pengawasan dan kedengaran berkata, “Saya akan ditangkap, itu pasti”.

Menurut sumber lain, walaupun suspek belum ditangkap, dia dikenal pasti sebagai warganegara Perancis yang berasal dari Bosnia dan bukan seorang Islam.

Hanya mangsa dan penyerang berada di dalam masjid pada waktu kejadian.

Suspek ‘dirakam’ bersolat bersama lelaki itu, sebelum menyerang dan menikam mangsa hingga 50 kali dan melarikan diri dari tempat kejadian.

Mayat mangsa hanya ditemui kemudian pada waktu pagi apabila jemaah lain tiba di masjid untuk solat Jumaat.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN