Israel 'tiada pilihan' selain teruskan perang di Gaza - Netanyahu - Utusan Malaysia

Israel ‘tiada pilihan’ selain teruskan perang di Gaza – Netanyahu

BENJAMIN NETANYAHU
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BAITULMUQADDIS: Perdana Menteri Israel Benjamin Netanyahu sekali lagi menegaskan negara haram itu tiada pilihan selain meneruskan pertempuran di Semenanjung Gaza dan tidak akan menghentikan perang sebelum Hamas dihapuskan serta tebusan dibebaskan.

Dalam kenyataannya pada Sabtu, pemimpin Zionis itu turut mengulangi ‘sumpahnya’ untuk memastikan Iran tidak akan dapat memiliki senjata nuklear.

Netanyahu menghadapi tekanan yang semakin meningkat di Israel, bukan hanya daripada keluarga tebusan tetapi juga bekas tentera simpanan yang mempersoalkan tentang konflik berterusan itu.

Beliau mendakwa Hamas telah menolak tawaran terakhir Israel untuk membebaskan separuh tebusan sebagai pertukaran gencatan senjata berterusan.

Kenyataan ini disampaikan selepas serangan Israel membunuh lebih 90 orang dalam tempoh 48 jam menurut Kementerian Kesihatan Gaza pada Sabtu. Tentera Israel meningkatkan serangan bagi memaksa Hamas membebaskan tebusan dan melucutkan senjata.

Dalam kenyataan berasingan, tentera Israel melaporkan lebih 40 militan terbunuh pada hujung minggu, sementara seorang askar terkorban di utara Gaza, kematian pertama sejak peperangan disambung semula pada 18 Mac.

Sayap bersenjata Hamas, Briged al-Qassam mendakwa berjaya memerangkap pasukan Israel yang beroperasi di timur kejiranan al-Tuffah, Bandar Gaza.

Israel berikrar akan melancarkan serangan lebih ganas di seluruh Gaza dan menduduki ‘zon keselamatan’ besar secara kekal di wilayah pantai berpenduduk 2 juta itu, namun Hamas menuntut pengunduran segera tentera Israel.

Malah, sekatan Israel terhadap kemasukan makanan dan barang ke Gaza telah berlanjutan selama enam minggu.

Sementara itu, ribuan rakyat Israel menyertai protes mendesak perjanjian damai bagi menghentikan perang, pada Sabtu malam.

“Lakukan apa yang sepatutnya dilakukan lama dahulu. Bawa pulang semua tebusan sekarang dalam satu perjanjian. Jika ini bermakna hentikan perang, maka hentikannya,” kata bekas tebusan, Omer Shem Tov dalam protes di Tel Aviv.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN