NEW YORK: Sekurang-kurangnya enam orang terbunuh apabila sebuah helikopter membawa pelancong terhempas ke dalam Sungai Hudson, di sini.
Menurut pihak berkuasa, laporan awal mendapati enam mangsa yang terkorban termasuk lima sekeluarga dari Sepanyol yang terdiri daripada dua dewasa dan tiga kanak-kanak.
Juruterbang helikopter berkenaan juga disahkan maut.
Imej yang dirakam dari udara menunjukkan bangkai helikopter tersebut dalam keadaan terbalik di sungai dan sudah dibawa naik ke darat.
Pihak berkuasa termasuk pasukan bomba dan kecemasan kini dikerah ke lokasi kejadian.