WASHINGTON: Pentadbiran Presiden Donald Trump mengemukakan rayuan tergempar kepada Mahkamah Agung kelmarin, bagi meneruskan rancangan untuk menamatkan hak kewarganegaraan kelahiran automatik, walaupun dasar itu ditolak oleh beberapa mahkamah rendah. Dalam satu siri rayuan itu, pentadbiran Trump berhujah bahawa mahkamah rendah bertindak keterlaluan dengan mengeluarkan injunksi di seluruh negara yang menghalang dasar kontroversi tersebut, sekali gus meminta hakim mengehadkan kesan perintah berkenaan. Seorang hakim persekutuan pada Januari menyifatkan perintah eksekutif Trump…